Iktibar - Kisah Pokok Besar...
Suatu ketika dulu ada seorang pujangga telah
menulis sebuah cerita tentang sebatang pokok besar...
Pokok besar itu hidup berzaman-zaman dengan
kemampuan menanggung dan menahan serangan luar
seperti cuaca empat musim, pukulan ribut, salji dan panas
tidak sedikit pun menggugat keutuhannya...
Tetapi pokok besar itu tiba-tiba menjadi lemah
berhadapan dengan serangan luar apabila
akar tunjangnya dimakan anai-anai...
Pada suatu hari, pokok besar tersebut telah tumbang
dengan hanya sekali pukulan ribut...
Orang ramai menganggap kejadian itu berlaku
disebabkan oleh faktor luaran iaitu pukulan ribut...
Tapi pada hakikatnya ia berpunca daripada
akar tunjang yang telah diserang anai-anai...
Renungkanlah...
cerita di sebalik kisah sebatang pokok besar...



Comments