Salam Aidil Fitri 1432H



Salam Aidil Fitri 1432H.
Tahun ni sambut hari raya di KLIA sebab tidak memohon cuti.
Jadual kerja pagi bermula jam 0700 hingga 1500.
Pulang beraya bersama keluarga dan bersalaman dengan
orang tersayang bagi saya tahun ni bukan di pagi raya tapi di petang
hari raya. Syahdu juga tapi dah biasa begitu kerana tuntutan kerja.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya
Aidil Fitri buat semua keluarga tercinta, saudara-mara, sahabat handai 
dan kepada sesiapa saja yang mengenali diri saya juga kepada
sesiapa saja yang sudi singgah di blog saya ini.

Semoga dengan kemunculan Syawal ini akan memberi seribu
makna kepada kita semua dan semoga usaha baik yang kita 
amalkan sepanjang Ramadhan tidak akan berakhir di situ.
Harap-harap ada lagi Ramadhan dan Syawal untuk kita di tahun
akan datang. Insyaallah..

Comments

Popular Posts