Ikan goreng sambal 'mama'

Anak i memang sangat-sangat suka makan ikan dari udang / sotong / daging / ayam tapi dengan syarat, ikan yang bergoreng sahaja... hehe.. So apa-apa yang i masak berunsurkan ikan, tak kiralah dari asam pedas hingga ke kari. Ikan tu mesti i goreng dulu.. pelik kan... layan jer la.. hehe.. Dalam banyak-banyak ini resepi kesukaan anak-anak i yang i reka sendiri dengan cempak jer.. Guess what. ?? rasanya NOT BAD...


cara-cara :
1/ goreng ikan dengan kunyit dan garam. ( pernah cuba ikan kembung / selar / tenggiri )
2/ blend 5 biji cili hidup, 2 biji tomato (sederhana) 1/2 biji bawang besar, 2 biji bawang putih
3/ gunakan baki minyak goreng ikan tadi jgn banyak (agak-agak 2 sudu makan) tumiskan bahan tadi.
4/ bila dah naik bau dan sedikit kering ( jgn tambah air ) masukkan sedikit garam dan sedikit kiub ikan bilis.
5/ tuangkan atas ikan goreng tadi... syiok oooOOoo...!!

Comments

Popular Posts