New Year New ME .. 1433 H

Kalau dulu azam tahun baru Jue bermula tiap-tiap 1 Januari. Dah tu azam ntah apa-apa. Nak kaya la, nak kurus la, nak beli itu, ini dan berbagai-bagi lagi lah. I don't even take it seriously about that. Berazam sebab orang lain ada azam. Tak tau pun menghayati betul-betul erti azam or menyelami dan berusaha untuk mencapai azam itu. Hehehe... So the... kannn...

Tahun ni Jue sambut baru awal sikit iaitu pada 1 Muharam 1433, 27 November 2011. Bermula tahun baru hijrah ni Jue berAZAM untuk mulakan hidup baru dari segala segi dalam erti kata lain, segala-galanya baru lah. Fizikal, mental, cara berfikir, penghayatan hidup, attitude, cara hidup (makan, minum, kerja, kerja rumah, cara melayan dan mendidik anak-anak) jadual rumah baru (kami ada jadual rumah & kerja rumah) pergaulan, susun atur perabut rumah baru, ada gak perabut baru, timing tidur dan bangun baru dan lain-lain lah, seeeemuaaa BARU, including my family member. 

Kalau dulu Jue selalu hidup dalam kenangan. Tak kira lah kenangan manis atau pahit. Bukan Jue saja malah ramai lagi orang lain pun begitu. Mengapa mesti dikenang lagi 'benda yang lepas' (itulah kenangan) ia membataskan kehidupan kita. Minda tak terbuka, hati tak terbuka, pergerakan terbatas, taraf hidup kita di takuh yang sama ja. Kata kena berhijrah !! Hijrah kerana ALLAH.. insyaallah..

This year i am really throwing my old 'diary' and even my memories away from my life and kids. I am buying myself a new 'diary'and this is the reason why i write about this toady. Rasanya tak salah kita buang semua kenangan dulu kan yang penting kita selalu ambil pengajaran dari apa yang berlaku dulu untuk teruskan hidup kita di masa hadapan. Ada orang kata ' TAKDIR itu milik TUHAN tapi PILIHAN itu di tangan KITA'. Kalau ALLAH SWT dah takdirkan hidup kita begitu, apa daya kita untuk menghalangnya malah tidak akan ada zat-zat yang terhebat di dunia ini boleh menghalangnya. Itulah yang di namakan takdir, kita hanya mampu merancang tapi Dia yang menentukan. Pengajarannya yang perlu diambil ikhtibar, tak kira yang baik atau buruk kerana yang ditakdirkan itu adalah yang TERBAIK untuk kita. 

Selalulah berfikiran positif untuk menguatkan diri kita.'We never know how strong we are until being strong is the last choice we have'. Allah tidak akan menduga seseorang umatnya jika umatnya itu tidak mampu melaluinya. Ternyata bukan mudah melalui ujianNya tapi apa daya kita. Mudah merelakannya di bibir tapi dalam hati hanya Allah saja yang tahu. Hanya sabar dan doa saja menjadi penguat hati dan pasti ada hikmahnya. Insyaallah..

I don't care about my past and with whom i ever been with. What's matter for me now is my children and my future. Hope i can be STRONGER then i ever be and my future will be more cherish and bless from ALLAH SWT. I believe in HIM and HIS promises. Insyaallah..




Comments

Popular Posts